Hal biasa yang akan terjadi kepada seorang selebriti, semua perkara menjadi perhatian serta perbualan masyarakat biarpun jika difikirkan secara logiknya, ia bukanlah suatu isu besar.

IKLAN

Baru-baru ini, penyanyi Andi Bernadee turut mengalami situasi yang sama apabila pakaian yang disarungkan semasa menghadiri majlis Anugerah dari stesen penyiaran swasta ini telah mengundang kecaman peminat apabila ia dilihat seperti kebaya tradisional.

Isunya adalah persalinan serbah hitam rekaan Ezuwan Ismail tersebut dilihat seperti baju kebaya tradisional dengan motif kerawang berwarna putih. Maka ramailah netizen yang mempersoalkan motif penggunaan rekaan sebegitu, malah tidak kurang juga yang memberi komen-komen sarkastik di Instagram.

BACA  [VIDEO] Andi Bernadee Jadi Psiko! 'Donde' Trending Dalam Tempoh 24 Jam

Walaupun pada majlis anugerah itu mengetengah tema ‘Glam’, namun penampilan Andi tetap dipuji peminatnya. Yang buta fesyen boleh terus membuta! Andi yang juga tercalon dalam Anugerah Artis Baharu MeleTop turut membuat persembahan di pentas dengan menyanyikan lagu hitsnya Satu Peluang pada malam tersebut.