Sri Lanka, berikutan beberapa siri serangan bom kelmarin di Easter Sunday, pihak berkuasa di negara tersebut telah ban segala aktiviti sosial media dari terus menyebarkan maklumat yang tidak sah terhadap isu pengeboman yang melibatkan 200 nyawa yang terkorban dan 450 orang yang lain cedera.

IKLAN
Foto: Scroll

Pasti ramai yang tahu betapa hebatnya pengaruh media seperti Facebook, WhatsApp, Viber, Twitter dan pelbagai platform yang lain mampu memberi pengaruh kepada orang awam dengan mudah apabila sesuatu maklumat itu tersebar.

Foto: Sri Lanka Brief

Di Sri Lanka, pihak berkuasa sana telah memblok beberapa sosial media dari terus menyebarkan maklumat yang mampu mengganggu gugat ketenteraman orang awam. Antara sosial media yang di blok adalah Facebook,Β  Instagram, WhatsApp dan Viber.

BACA  Huawei Y7 Pro 2019 Di Jual Pada Harga RM649 Bermula April Ini

Ini bukanlah pertama kali pihak Sri Lanka telah memban penggunaan sosial media, sebelum ini pada bulan Mac tahun lepas, berlaku kekecohan berkaitan agama dan pihak kerajaan Sri Lanka telah membankan penggunaan sosial media untuk mengelak situasi menjadi lebih keruh.

Selain memblok penggunaan sosial media, pihak kerajaan Sri Lanka telah mengumumkan perintah berkurung bermula jam 6.00 petang semalam sehingga jam 6.00 pagi hari ini. Tidak dapat di pastikan sampai bila perintah berkurung ini akan berlarutan.