Bukanlah perkara pelik apabila rumah mewah dengan fasiliti yang lengkap menjadi keperluan bagi seorang raja dan putera mahkotanya. Termasuk Mohammed bin Salman, putera Raja Arab Saudi, Salman bin Abdul-Aziz Al Saud.

IKLAN

Selain terkenal dengan kehidupanya yang bergelumang dengan harta & wang, Mohammad bin Salman juga membuat rakyat takjub dengan penampakan rumah megah miliknya.

Rumah megah milik Mohammad yang bernama Chateau Louis XIV itu terletak di Perancis. Chateau Louis XIV merupakan salah satu istana di Louveciennes milik Madame du Barry.

Panggung wayang peribadi

Seperti dipetik dari BBC.com, rumah yang dimiliki putera Mahkota Arab Saudi itu bernilai 275 juta poundsterling atau setara RM1.47 Billion.

BACA  Nabil Ahmad Bakal Timang Anak Ketiga & Idam Anak Lelaki

Pada awalnya, tiada sumber yang sah dan rasmi mengenai Putera Mahkota Arab Saudi yang memiliki rumah megah itu. Namun, laman berita New York Times mengatakan, dokumen dari pembelian 2015 menunjukkan ia telah dibeli melalui beberapa syarikat Shell. Dokumen terakhir juga menunjukkan inisial MBS yang mengarah pada Mohammad bin Salman, pewaris takhta Arab Saudi.

Bagaimana rumah megah milik Mohammed? jomΒ  lihat di sini.

Istana megah milik putra Raja Salman itu seluas 50 ribu kaki persegi. Penampakan dari luar rumah megah Mohammed ini seperti istana di Versailles pada abad ke-17 yang bergaya antik.

Melihat dari bentuk bangunannya, dikatakan rumah megah milik putra Raja Salman itu sudah berdiri sejak zaman Versailles.

BACA  Cecah RM50k! Susah Nak Percaya Perincian Harga Pakaian & Aksesori Neelofa Ini

Pada masa Versailles itu istana kerajaan menetapkan standard kemewahan yang mencolok di dunia.

Di balik penampakan luar bangunan yang antik menyimpan fasiliti moden dan mewah di dalamnya.

Di dalam rumah Mohammed bin Salman, terdapat panggung wayang peribadi, kolam renang, ruang bawah air seperti aquarium hinggalah tempat penyimpanan wine.

Selain itu rumah milik putra Raja Salman ini juga dilengkapi air pancut, sistem suara, lampu dan penghawa dingin yang boleh dikawal dengan menggunakan iPhone.

Di bahagian depan rumah megah Mohammed berdiri patung Louis XIV yang diperbuat dari marmar carrara berdiri menghiasi halaman.

Seolah-olah gaya antik dari luar rumah Mohammed guna kemewahan dan kecanggihan teknologi di dalamnya.

BACA  7 'Mak Nyah' Paling Kaya Di Dunia, Ada Yang Disenaraikan Oleh Forbes

Lantai di seluruh ruangan rumah Mohammed itu menggunakan mar mar kualiti terbaik. Tak hairanlah jika istana pewaris takhta Saudi ini berbillion harganya

Selain rumah megah, Mohammad juga memiliki sebuah kapal layar bernama Pegasus VIII seharga US$60 juta atau setara RM240 Juta. Beginilah penampakan rumah megah Mohammed bin Salman, puetra mahkota Arab Saudi Raja Salman. Kagum tak?