Rapid KL memperkenalkan pas perjalanan terbaru yang di kenali sebagai MyCity. Pas ini di reka bagi pengguna yang jarang menggunakan pengangkutan awam seperti pelancong asing atau pengguna di luar Lembah Klang.

IKLAN

Pas ini merupakan untuk penggunaan short-term seperti pas untuk 1 hari dan 3 hari. Ianya lebih kurang sama dengan pas bulanan seperti My100 atau My50 cuma yang berbeza adalah pas perjalanan MyCity adalah untuk kegunaan harian.

Untuk mendapatkan pas unlimited ini ianya di jual pada harga RM25 untuk pas 1 hari dan RM55 bagi pas 3 hari. Tetapi bagi pengguna yang telah memiliki kad Touch ‘n Go anda boleh membeli pas ini dengan harga yang lebih rendah iaitu RM15 untuk pas 1 hari dan RM45 untuk pas 3 hari dan pastikan di dalam kad TnG anda memiliki baki minimum RM5 untuk menggunakan pas ini.

BACA  Realme 3 Kategori Mid Range Level Dengan Harga RM599
Foto: Bernama

Pas MyCity ini membenarkan pengguna untuk akses secara unlimited terhadap mana-mana pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorail dan BRT Sunway Line.

Walau bagaimanapun, pas ini tidak boleh di gunakan untuk mengakses pengangkutan seperti bus Rapid KL dan bus MRT. Pengguna perlu membuat pembayaran seperti biasa ketika menaiki dua pengangkutan ini atau menggunakan kad TnG.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pas MyCity, anda boleh layari laman web rasmi Rapid KL.