Kehangatan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung pada malam Ahad lalu masih dirasai. Menyaksikan penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana menggondol anugerah utama, TopTop MeleTop Era, AME2019 disifatkan sebagai antara yang terbaik sepanjang penganjurannya.

IKLAN

Curi Perhatian 

Dalam pada itu, terdapat seorang jejaka kacak mencuri perhatian sepanjang berlangsungnya AME2019 sehingga tular di media sosial.

Difahamkan jejaka tersebut yang dikenali sebagai Jabir Meftah telah ditugaskan menjadi pengiring buat penyampai anugerah pada malam itu. Tidak hairanlah Jabir berjaya mencuri perhatian kerana boleh dikatakan hampir setiap anugerah, lensa kamera turut tertumpu padanya.

Model Sambilan 

Ramai yang tertanya siapakah gerangan Jabir sebenarnya kerana rata-rata netizen memuji ketampanannya yang disifatkan sebagai ‘full package’. Hasil carian Hangat.com, Jabir yang berusia 20 tahun merupakan seorang pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).

BACA  Liyana Jasmay Dikecam Mendedah Aurat Di Luar Negara?

Selain bergelar pelajar, dia juga merupakan seorang model sambilan yang sering kali memperagakan jenama-jenama terkenal. Tidak hairanlah Jabir dikatakan sebagai ‘handsome with brain’ kerana dia sememangnya memiliki pakej sebagai seorang model antarabangsa !