Avengers Assemble! Benar, bintang-bintang Avengers sekali lagi ‘bersatu’ buat kali terakhir menerusi acara rasmi semalam menerusi Avengers : EndGame World Premiere yang berlangsung di Los, Angeles malam tadi

Tampil Elegan Di Acara Karpet Merah 

Namun, berbeza kali ini para bintang-bintang ini tidak lagi memakai kostum mahupun memegang senjata mereka. Sebaliknya mereka tampil dengan begitu elegan dan tampak kacak dan cantik bagi melaram sakan di acara karpet merah tersebut. Rata-rata peminat begitu teruja untuk menonton filem ini yang akan turut ditayangkan awal di Malaysia esok dimana kami di Hangat.com berkesempatan menjadi antara yang terawal menerusi sebuah acara rasmi jemputan TGV. Apa pun, ayuh lihat sisi lain disebalik para Avengers ini!

1Brie Larson

Captain Marvel kelihatan begitu feminin! Brie Larson anggun memakai gaun lavender dan jika anda perasan barang kemas Brie telah direka inspirasi dari Thanos hasil rekaan Irene Neuwirth.

2Scarlett Johansson

Black Widow tidak lagi menjadi ‘black’ sebaliknya kelihatan begitu menyerlah dengan memakai mini-dress dan kasut tumit tinggi yang sepadan dengan busana nya.

3Chris Pratt & Katherine Schwarzenegger

Siapa sangka,duo selebriti ini hadir ke acara karpet merah yang pertama sebagai ‘husband and wife-to-be’. Tahniah buat Starlord!

4Chris Evans

Captain America tampak segak menggayakan suit biru Salvatore Ferragamo. Masih nampak cool, rasanya ramai yang tidak boleh buang watak Cap pada Chris Evans bukan?

5Elizabeth Olsen

Cukup glam! Jauh dari wataknya sebagai Scarlet Witch, nampaknya Elizabeth cuba untuk melaram sakan pada acara karpet merah.

6Chris Hemsworth & Elsa Pataky

Thor kelihatan cukup bergaya dengan sut biru berona!

7Bradley Cooper

Untuk yang tidak tahu, Bradley sebenarnya adalah pemilik suara Rocket Racoon! Solo dan masih kacak di majlis Avengers: Endgame premiere.

8Gwyneth Paltrow

Mempertaruhkan ‘chic spin looks’ Pepper Potts turut enggan lepaskan peluang untuk bersama-sama berjalan di atas karpet yang cukup glam ini.

9Benedict Cumberbatch & Sophie Hunter

Tampak berbeza seperti wataknya sebagai Dr Strange, Benedict hadir berteman bersama Sophie. A night to remember for sure!

10Letitia Wright

Kelihatan begitu menyerlah di dalam busana serba perak! Ternyata Letitia berjaya menampakkan sisinya yang cukup glam.

11Jeremy Renner

Hawkeye atau Ronin tampil kacak dengan mengayakan tuxedo klasik berwarna biru navy. Kami pasti anda tertanya bagaimanakah watak Ronin kelak bukan?

12Robert Downey Jr. & Susan Downey

Iron Man kini tiba! Tampil beraksi buat kali terakhir, pasangan Downey ini turut mencuri perhatian di acara itu.

13Vin Diesel

Siapa sangka, empunya suara kepada si comel Groot sebenarnya adalah Vin Diesel dan kita semua boleh nampak pakaian yang dipakai Vin mempunyai motif kepada Groot!

14Josh Brolin & Kathyrn Boyd

Ini adalah sesi sebenar Thanos! Tidak lagi tampak nakal dan buas sebaliknya Josh merupakan seorang aktor yang cukup berkarisma.

15Evangeline Lily

Lady in red! The Wasp kelihatan serba merah jauh dari wataknya yang terkenal dengan warna kuning sebagai temanya.

16Paul Rudd

Seperti biasa, Ant-Man masih lagi kacak biarpun tanpa kostumnya. Barangkali imej seperti ini sudah biasa kita lihat.

17Pom Klementieff

Pom yang memegang watak sebagai Mantis tampil memberi imej klasik Perancis pada malam yang cukup bersejarah ini.

18Karen Gillan

Disebalik topeng Nebula, siapa sangka terserlah kecantikan wajahnya yang cukup memukau!

19Mark Ruffalo

Keluarga adalah segala-galanya! Sama seperti wataknya sebagai Hulk, Mark enggan lepaskan malam bersejarah ini dengan membawa ahli keluarganya bersama.

20Danai Gurira

Masih kami ingat watak Okoye yang cukup garang! Tetapi lihatlah pada malam ini, Gurira kelihatan begitu feminin dengan serba merah jambu.

21Don Cheadle

Simple is nice! Aktor yang memegang watak sebagai War Machine ini tampil ringkas bersama-sama isteri tercinta.

22Tessa Thompson

Paling bergaya! Lihatlah busana Valkyrie yang tampil unik memakai serba hitam dan ditatarias bersama hiasan ringkas.

23Zoe Saldana

Sama seperti Gurira, ‘Gamora’ juga kelihatan serba feminin jauh berbeza dari watak ‘si hijau’ nya terdahulu.