BlackPink pada ketika ini sedang sibuk menjalani beberapa aktiviti seni di Amerika Syarikat. Selain tampil di Festival Coachella selama dua minggu berturut-turut, girl grup beranggotakan 4 orang tersebut juga menggadakan konsert yang singgah di beberapa kota.

Baru-baru ini BlackPink menjadi tetamu artis di program radio “102.7 KIIS FM” yang berpengkalan di Los Angeles. Di sini, penyampai radio memberitahu dirinya sangat tertarik dengan hal-hal mengenai mistik dan bertanya adakah setiap mereka pernah mempunyai pengalaman horor.

Lisa menceritakan tentang pengalaman dirinya pernah mendengar seseorang seperti sedang menghentak pintu almari ketika sedang tidur di biliknya. Lisa yang berasal dari Thailand itu kemudian tak boleh bergerak dan tiba-tiba mendengar suara ketawa di telinganya.

BACA  GFriend Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur, Ini Harga Tiketnya!

Rupanya Lisa ketika itu sedang mengalami sleep paralysis atau yang dikenal sebagai ditindih. Akhirnya dia terlepas dari kondisi tindihan yang dialaminya, penyanyi kelahiran 1997 tersebut kemudian lari ke ruang tamu dan tidak lagi mendengar suara ketawa di telinganya.

Jisoo juga punya pengalaman yang boleh tahan seram. Ketika dirinya sedang berlatih menari di depan cermin di bilik pakaian, pelantun “Don’t Know What To Do” itu melihat tangan putih di antara celah-celah pakaian. Jisoo terus berlari keluar ke tempat lain.

Beberapa hari kemudian saat Lisa kembali ke Korea selepas dia berkeunjung ke Thailand, dia memberitahu pada rakan-rakan grup yang lain apa yang dikatakan seorang paranormal padanya. Rupanya, almari pakaian mereka ada hantu dan harus hati-hati.

BACA  Selepas Ddu-Ddu-Ddu, Lihat Parodi 'Solo' Dari Kanak-Kanak Ini Yang Menghiburkan!

Yang lebih seram, Lisa memberitahu hal yang dikatakan paranormal tersebut sebelum dia mendengar apa yang dialami Jisoo. Jom saksikan video di bawah untuk mendengar cerita seram yang lain.