Biasanya botol shampoo lama selepas habis di gunakan, pasti akan terus masuk ke tong sampah bukan? Tetapi tidak bagi Bernie Craven bekas seorang hairdresser dan pemiliki syarikat Waste Free System.

IKLAN

Bernie mengumpul botol-botol shampoo dari 38 salon di Gympie dan Sunshine Coast di South-East Queensland. Botol-botol shampoo yang lama itu di tukar menjadi tangan palsu 3D.

Foto: 3Ders

Botol-botol tersebut di masukkan ke dalam mesin printing 3D bagi menghasilkan tangan palsu. Bagi menghasilkan tangan palsu ini, ia mengambil masa sehingga 9 jam bagi penghasilannya.

Projek ini penghasilan tangan palsu 3D daripada botol ini turut di bantu oleh Haley Wright yang berusia 12 tahun dan Connor Wyvill yang berusia 11 tahun. Projek yang di kendalikan oleh mereka bertiga mampu menjimatkan kos penghasilan tangan palsu sebanyak US$20,000.

BACA  Share Value Netflix Menurun Sebanyak 5 Peratus Kerana Fee Subscribe Disney+ Lebih Murah