Beberapa hari yang lalu, pengarah dan penerbit filem popular, Michael Ang telah mengeluarkan sebuah video di Instagram tentang rasa tidak puas hatinya dengan servis yang diberikan oleh salah satu hotel penginapan bertaraf 4-bintang di Melaka.

IKLAN

Menerusi video pendek tersebut, Michael berkata, ini adalah pengalaman yang paling buruk pernah dialaminya sebagai tetamu di hotel dan memohon pengikutnya menularkan video itu.

Hal ini bermula selepas pengurus hotel bersikap biadab terhadapnya gara-gara tidak pihak hotel masih tidak melayan permintaannya sehingga memaksa dia untuk turun hanya untuk meminta chopstick.

Dari luahan hati Michael ini, ramai yang meninggalkan komen positif mahupun negatif. Ada yang bersetuju dan  mengakui tentang layanan buruk hotel tersebut. Namun ada juga yang menganggap Michael cuba memperbesarkan hal kecil seolah-olah mahu menutup periuk nasi orang. Tanpa mengambil masa yang lama, Michael telah membidas dakwaan ini di ruangan komen.

BACA  Pelakon Airwolf, Jan-Michael Vincent Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

Setuju dengan kenyataan Michael, sebagai tetamu yang membayar dengan harga yang mahal untuk menginap di hotel 5 bintang, pasti kita mahu servis yang baik bukan? Tiada istilah tutup periuk nasi orang kalau dah memang servis teruk. Hal-hal begini patut di war-war supaya pihak pengurusan hotel terbabit dapat pelajaran dan memperbaiki servis mereka pada masa akan datang!

Artikel SebelumnyaOnePlus 7 Bakal Tampil Dengan Model Telefon Versi Pro Pula?
Artikel SeterusnyaBotol Shampoo Lama Di Inovasi Menjadi Tangan Palsu 3D?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.