China merupakan negara yang penuh dengan sejarah dan ilmu ketenteraan dari pelbagai dinasti sejak penubuhannya, dan kini ia menjadi sebuah negara maju yang kaya dengan hasil dari pelbagai bidang termasuklah teknologi, kejuruteraan dan ketenteraannya.

IKLAN
Foto: Reddit

Kini, jurutera di China telah menghasilkan Liaoning ia merupakan kapal NAVY yang membawa jet pejuang yang pertama di China dan jumlah tampungan jet pejuang yang boleh di bawa oleh kapal Liaoning agak mengejutkan!

Malah, Liaoning juga mampu menampung krew kapal seramai 1,000 orang anak kapal. Bukan itu saja, melihat ukuran saiz kapal Liaoning saja cukup memberi impak yang besar dengan panjang kapal yang berukuran 300 meter dan lebar kapal pula berukuran 70 meter! Umpama tiga saiz padang bola sepak jika berada di atas kapal ini.

BACA  OPPO F11 Non-Pro Dijual Serendah RM999
Foto: Phil News

Di dalam Liaoning ini, ia membawa jet pejuang yang di kenali sebagai J-15 atau nama panggilannya “Flying Shark”. Menariknya jet pejuang ini memiliki sayap yang boleh diubahsuai dan menjadikan ia sebuah jet pejuang yang serba boleh.

Foto: Navy Times

Dengan rekaan kapal Liaoning yang sesuai bagi jet pejuang untuk berlepas, di bahagian deck pelepasan jet, dapat di lihat deck kapal seperti busur yang memudahkan jet untuk berlepas, ia di kenali sebagai “Ski Ramp”.

Kapal Liaoning ini di reka khas untuk latihan dan juga penyiasatan kajian. Hebat bukan kapal Liaoning ini?