OPPO  telah melancarkan telefon edisi terhad Avengers terbaru dan edisi terhad ini telah dilancarkan ketika tayangan Avengers: Endgame dijalankan. Menariknya telefon OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad ini dijual pada harga RM1399.

IKLAN
Foto: Android Central

Bagi yang mahu membuat pre-order, anda boleh berbuat demikian bermula hari ini sehingga 3 Mei 2019 menerusi stor dalam talian iaitu Lazada dan Shopee.

Foto: Tech Nave

Manakala bagi yang ingin menunggu telefon ini berada di dalam outlet OPPO, telefon ini ada berada di outlet bermula pada 4 Mei 2019 jika masih ada lebihan baki selepas pre-order di buat.

Foto: One Machi

Telefon OPPO F11 Pro Avengers edisi terhad ini memiliki logo Avengers berwarna merah dan biru di belakang badan telefon. Malah casing telefon edisi terhad ini juga di datangi dengan ring di tengah pada bahagian belakang casing, casing yang berbentuk seperti perisai kapten Amerika.

BACA  Botol Shampoo Lama Di Inovasi Menjadi Tangan Palsu 3D?
Foto: Unbox

Seperti yang sedia maklum, spesifikasi telefon OPPO F11 Pro ini menggunakan cip daripada MediaTek Helio P70 dengan 6GB RAM dan 128GB kapasiti storan bagi telefon Avengers edisi terhad ini.

Jadi apa tunggu lagi, jom pre-order sekarang kerana stok telefon edisi terhad ini tidak banyak dan bagi die hard fan, wajib pre-order sekarang!