Teka-teki mengenai jantina anak ketiga pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad akhirnya terjawab apabila isterinya, Zira Ayub selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Anak Perempuan Ketiga

Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram MeleTOP, Zira selamat melahirkan anak mereka pad jam 1 tengahari semalam disebuah hospital di ibu negara. Bayi ketiga ini turut melengkapkan ‘trio’ anak perempuan pelawak ini dimana dua anak-anaknya bersama Zira juga berjantina perempuan.

Bakal Kongsi Nama Pada Rancangan MeleTOP 

Kongsi akaun rancangan hiburan itu lagi, Nabi akan mendedahkan nama anak mereka secara eksklusif menerusi rancangan MeleTOP pada minggu hadapan.

Rata-rata peminat turut menghujani ruangan komen itu dengan ucapan tahniah selain mendoakan kesihatan isteri dan anaknya. Terdahulu, Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.