Kenali Aqua Jet Cleaning System yang merupakan mesin pembersih bumbung rumah yang cukup hebat dan gempak! Mana tidaknya, segala kotoran yang sukar di bersihkan oleh berus dengan mudah di hilangkan dengan menggunakan mesin ini.

IKLAN

Mesin Aqua Jet Cleaning System ini merupakan mesin hasil ciptaan daripada syarikat kontrak pembersihan daripada German yang di kenali sebagai RΓΌdiger Schulz GmbH. Dengan adanya mesin pembersihan ini ia memudahkan pekerja kontrak pembersihan untuk membersihkan bumbung rumah pelanggan mereka.

Untuk menggunakan mesin Aqua Jet Cleaning System ini, pekerja kontrak syarikat pembersihan ini akan memasang paip hos yang flexible untuk mengelakkan sebarang masalah kebocoran air semasa kerja-kerja pembersihan di jalankan.

BACA  Apple Versi macOS Terbaru Akan Fungsi Asingkan Muzik, Podcasts Dan TV App
Foto: Aqua Jet

Kemudian mesin Aqua Jet Cleaning System ini akan di adjust mengikut permukaan bumbung rumah sebelum kerja-kerja pembersihan di mulakan. Dan apabila saluran paip air telah di pasang pada mesin dengan tekanan yang tinggi, pekerja akan mengawal pergerakan mesin dari atas bumbung rumah.

Foto: Dachbemoost

Dan pekerja akan memegang paip air yang telah di cantumkan pada badan mesin dan mengawal mesin pembersihan pada kedudukan vertikal (atas dan bawah) secara berulang kali sehingga bumbung rumah bersih.

Hebat bukan mesin daripada syarikat kontrak pembersihan daripada German ini? Kalau ada dekat Malaysia mesin ni, admin dah sambar dulu!