Siapa yang tidak tahu tentang aplikasi video popular Tik Tok ini?Β  Pelbagai telatah dan gelagat telah di muat naik di media sosial menerusi aplikasi Tik Tok ini. Tahu tak aplikasi gempak ini telah di reka oleh seorang usahawan muda yang berusia 29 Tahun.

IKLAN
Foto: Tech Crunch

Zhang Yiming merupakan pengasas bagi syarikat Bytedance ini telah menghasilkan aplikasi Tik Tok pada usia yang muda. Dan bukan aplikasi Tik Tok sahaja, banyak lagi multi projek aplikasi yang telah di jayakan dalam tempoh 7 tahun penubuhan syarikat Bytedance milik Zhang ini.

Pelbagai aplikasi yang dihasilkan oleh Zhang dan syarikatnya berjaya memasuki 150 pasaran dunia dari 75 pelbagai bahasa. Di antara aplikasi yang telah di hasilkan oleh Syarikat Bytedance adalah aplikasi yang berbentuk video pendek, platform berita, pembelajaran secara dalam talian dan pelbagai aplikasi menarik yang lain.

BACA  Jom Ushar Instagram Stories Tanpa Di Ketahui Oleh Si Pemilik Akaun!
Foto: Variety

Tetapi dalam pelbagai aplikasi yang telah hasilkan oleh Zhang dan syarikatnya Bytedance, aplikasi Tik Tok ini yang berjaya menguasai perhatian pengguna sosial media di seluruh dunia.

Berjuta-juta pengguna Tik Tok di pengaruhi dengan elemen muzik serta fungsi video yang unik daripada aplikasi ini. Jadi tidak hairanlah pengguna dari pelbagai lapisan umur meminati menggunakan aplikasi Tik Tok ini.