Hyundai bakal keluarkan kereta yang berkonsepkan penggunaan elektrik, kereta ini di kenali sebagai Genesis Mint memberikan suasana atau elemen futuristik di tambah pula dengan fungsi elektrik yang diguna pakai bagi kegunaan operasi kereta terbaru daripada Hyundai ini.

IKLAN
Foto: Auto Evolution

Genesis Mint ini memiliki saiz yang sederhana kecil, kereta ini memiliki dua pintu dan dua tempat duduk kereta ini direka khas mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Manakala di bahagian belakang iaitu bonet kereta yang di kenali sebagai lieu ia memiliki dua pintu yang berbentuk seperti gunting.

Kereta Genesis Mint ini kelihatan kecil di luar tetapi ia memiliki ruang yang sangat luas dan selesa di dalam iaitu di bahagian tempat duduk pemandu dan tempat duduk penumpang yang berada di sebelah tempat duduk pemandu.

BACA  Sri Lanka Ban Sosial Media Elak Situasi Menjadi Kacau Bilau
Foto: CNN

Ruang yang luas dan ringkas ini memberikan satu nafas baru terhadap rekaan penghasilannnya. Selain itu, kereta ini juga di kategorikan sebagai kereta kedua bagi persekitaran di bandar.

Foto: Car and Driver

Seperti yang sedia maklum, kereta ini menggunakan tenaga elektrik dan tenaga ini di simpan di dalam bateri kecil. Oleh itu kereta ini tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh.

Genesis Mint ini memiliki saiz yang kecil sedikit daripada kereta Mini Cooper S E yang kecil dan padat. Di katakan kereta ini bakal di hasilkan secara besar-besaran pada tahun 2022 dan menjelang tahun itu juga kereta ini bakal bersedia memasuki pasaran automotif.