BMW Malaysia telah memperkenalkan dua keluaran kereta baharunya iaitu BMW 530e M Sport dan BMW 520i Luxury. Dua kereta ini merupakan generasi baru BMW, yang hadir dengan penampilan dan konsep yang tersendiri.

Kereta BMW 530e M Sport memberikan nafas baru dengan tahap prestasi pemanduan yang lebih tinggi dengan pakej M Sport. Apa itu pakej M Sport ini sebenarnya? Pakej ini merangkumi aspek rekaan Garisan Bayang atau Shadow Line yang berglos tinggi dan Saliran Udara Aktif atau Active Air Stream yang memiliki keupayaan aerodinamik yang optimum.

Bukan itu saja, malah huruf M di letakkan pada panel sisi hadapan dan dari segi paip ekzos kereta ini juga berbentuk trapezoid pada kedua-dua belah sisi dengan warna krom yang menampilkan aspek ‘Motorsport’nya.

BACA  Wow Realme 3 Pro Bakal Memasuki Pasaran Tempatan Pada 14 Mei Ini
Foto: BMW Malaysia (BMW 530e M Sport)

BMW 530e M Sport ini hadir dalam dua warna iaitu Black Sapphire atau Sophisto Grey dan manakala bagi pilihan padanan upholstery kulit Dokata pula ia hadir dengan warna hitam dan Night Blue atau warna Bluestone atau putih yang di padankan dengan upholstery kulit Dakota yang berwarna hitam.

Kereta BMW 520i Luxury pula memiliki ciri mewah dan high-class. BMW 520i Luxury tampil dengan rekaan optik krom eksterior, upholstery dengan menggunakan ‘Leather Dakota’ dan papan pemuka ‘Sensatec’.

Kereta ini di lengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang selesa seperti akses keselesaan, penyaman udara automatik dengan 4 kawalan zon, bantuan pemanduan yang merangkumi kawalan luncur dengan fungsi sistem brek, bantuan parkir dan bantuan kamera pandang belakang.

BACA  Para Penyelidik Guna Drone Untuk Kesan Pelepasan Air Sisa Secara Haram
Foto: BMW Malaysia (BMW 520i Luxury)

Dari aspek warna pula, kereta ini hadir dengan warna Black Sapphire, Glacier Silver, Imperial Blue dan Alphine White. Manakala warna pada upholstery pula tampil dengan padanan warna hitam dengan sulaman eksklusif yang kontras hitam yang menawan.

Dari segi harga pula, kereta BMW 530e M Sport dijual dengan harga RM338,800.00 dan manakala bagi kereta BMW 520i Luxury dijual dengan harga RM328,800.00. Harga ini berdasarkan pemilikan premium yang menyeluruh.

Dan ini adalah perkhidmatan yang dimasukkan di dalam pemilikan premium menyeluruh:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ BMW White Card.
  • Servis Dalam Talian oleh BMW.
BACA  Telefon Y17 Dengan Tenaga Bateri 5000mAh Di Jual Pada Harga RM799

Jadi bagi yang meminati kereta keluaran terbaru daripada jenama BMW anda boleh melawati mana-mana BMW showcase dan merasai sendiri perbezaan kereta generasi terbaru daripada BMW dengan semasa pandu uji jika anda berminat untuk memiliki kereta hebat ini.