Filem terbaru James Bond, dengan judul sementara: ‘Bond 25’, telah menemui watak antagonisnya. Dipetik dari The Hollywood Reporter, Rami Malek, aktor yang berlakon sebagai Freddie Mercury di filem ‘Bohemian Rhapsody’, akan memgang watak antagonis dalam filem rantaian Cary Joji Fukanaga itu.

Hal ini diumumkan oleh akaun Twitter rasmi filem James Bond, @oo7. Akaun tersebut memperlihatkan gambar Rami Malek.

“Dan akhirnya Rami Malek bergabung dalam senarai pemain #BOND25,” tulis akaun tersebut.

Pelakon yang berasal dari tanah Arab itu akan berlakon dengan beberapa artis ternama seperti Lea Seydoux, Ben Whishaw, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ana de Armas, Billy Magnussen, dan tentunya, watak James Bond, Daniel Craig.

BACA  Baru Bersalin! Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini

‘Bond 25’ mengisahkan kehidupan si agen rahsia 007 di Jamaica. Namun, kedamaiannya hanya berlangsung singkat ketika teman lamanya, Felix Leiter dari CIA, muncul untuk meminta bantuan.

Bond mendapatkan misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ternyata, misinya itu jauh lebih berbahaya dari yang dia bayangkan, membawa Bond pada seorang penjahat misteri yang memiliki senjata dengan teknologi baru berbahaya.