Anak perempuan tiri kumpulan gitaris band metal popular di Indonesia Betrayer, Derry Sulaiman tengah hangat diperkatan . Gadis yang dimaksud adalah Alyssa Spischack. Alyssa telah mencuri perhatian netizen lantaran penampilan barunya. Dia tampil berbeza selepas sebelum ini Alyssa terlihat mengenakan tudung.

IKLAN

Hal tersebut diketahui melalui beberapa gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya. Di ruangan koman akaun Instagram Alyssa, ramai netizen yang bertanyakan penampilan baru gadis yang biasa dipanggil Icha ini hingga memutuskan untuk membuka hijabnya. Namun begitu, tidak ada jawapan yang pasti dari Icha dalam akaun Instagramnya.

Dalam salah satu kapsyen di fotonya, Icha hanya sedikit menjelaskan tentang penampilan barunya tersebut. Diketahui sebelumnya, Alyssa juga pernah menghebohkan umum gara-gara dia lari ke Bali kerana tak tahan di kongkong oleh keluarga.

Sebelum Icha tinggal bersama Derry, dia tinggal bersama ayah kandungnya. Semenjak bapanya kandungnya meninggal dunia, Icha terpaksa ikut tinggal bersama dengan ibunya yang bernikah dengan Ustaz Derry Sulaiman. Ramai netizen yang kecewa penampilan baru Icha selapsa memutuskan untuk tidak berhijab. Namun dia tak terlalu ambil pusing tentang hal itu.

Seperti yan dilaporkan oleh Tabloid Bintang, Alyssa berkata keputusan besarnya ini sudah diketahui oleh ibubapanya. Alyssa mengaku diberi kebebasan untuk mengambil keputusan. Dia hanya diberi saran untuk tetap berpenampilan sopan.

Alyssa meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan orangtuanya atas keputusan yang dia buat. Menurut Alyssa, ayah dan ibunya sudah sangat baik mendidiknya terutama sekali bapanya.

BACA  Sebak! Ziela Jalil Kongsi Foto Kenangan Manis Bersama Arwah Suami