Samsung Galaxy A70 bakal memasuki pasaran Malaysia dan menurut retailer telefon bimbit yang di kenali sebagai DirectD berkongsi maklumat bahawa telefon canggih daripada Samsung ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ianya di jual dengan harga RM1999.

Foto: DirectD

Samsung Galaxy A70 ini memiliki skrin yang berkeluasan 6.7 inci dengan Full HD+ display. Pada display tersebut terdapat pengesan jap jari di dalamnya, selain itu telefon ini juga menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 675.

Foto: DirectD

Manakala dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki tenaga bateri sebanyak 4500mAh. Dari fungsi kamera pula di bahagian hadapan telefon bimbit, ia memiliki lensa sebanyak 32MP.

BACA  Botol Shampoo Lama Di Inovasi Menjadi Tangan Palsu 3D?

Bagi di bahagian belakang telefon pula ia memiliki lensa kamera sebanyak 32MP + 8MP + 5MP lensa kamera. Samsung Galaxy A70 ini memiliki kapasiti storan dalaman sebanyak 128GB.

Foto: DirectD

Kalau dari segi aspek RAM pula telefon ini memiliki dua jenis kapasiti RAM yang berlainan tetapi yang bakal memasuki pasaran Malaysia adalah telefon Samsung Galaxy A70 8GB RAM dengan 128GB storan dalaman.

Telefon ini di datangi dengan tiga warna yang berlainan iaitu Hitam, Biru dan Putih. Sama-sama kita nantikan kemunculan telefon ini di pasaran!