Pihak polis memaklumkan bahawa Park Yoochun telah positif menggunakan dadah jenis methamphetamine. Hasil ini didapati selepas pihak polis memeriksa rambut anggota kumpulan JYJ tersebut.

IKLAN

Dari hasil pemeriksaan, Park Yoochun juga diketahui telah lima kali menggunakan dadah sepanjang tahun 2019 ini. Atas perbuatannya, Park Yoochun pun bakal berdepan dengan hukuman penjara.

Salah satu kumpulan peguamPa rk Yoochun, Kim Hee Joon, berkata dalam sebuah program acara TV bahawa anakguamnya boleh terancam hukuman lebih dari 5 tahun penjara.

“Jika menggunakan dadah beberapa kali, anda akan dijatuhi hukuman hingga 7.5 tahun penjara,” ujar Kim Hee Joon seperti dipetik dari laman Allkpop.

Meskipun NISI (National Institute of Scientific Investigation) telah mendedahkan positif dadah, namun Park Yoochun tetap  percaya bahawa tak pernah mengambil barang terlarang tersebut.

BACA  Persembahan Blackpink Di Coachella Akan Ditayangkan Pada Skrin Gergasi New York

“Tidak  ada banyak masa lagi. Tapi kami sedang mencari cara bagaimana metamfetamin memasuki tubuhnya dan dikesan oleh Forensik Nasional,” jelas peuam Park Yoochun.

Walaubagaimanapun, pada  Jumat, semalam (26/4/2019) Park Yoochun juga telah menjalani perbicaraan di Mahkamah Daerah Suwon. Perbicaraan ini dilakukan untuk menetapkan samada aktor ini ditahan ataukah tidak.