Aizat Amdan Realisasikan Hasrat Terakhir Arwah Bapa Dengan ‘Angin Lalu’

193

Setelah hampir 5 bulan pemergian ayah tersayang, penyanyi dan komposer Aizat Amdan berkongsi apa yang dilaluinya dalam sebuah lagu berjudul Angin Lalu. Lagu yang menyentuh hati ini ditulis dan digubah oleh Aizat bersama-sama dengan Mel Ramlan.

Pada tanggal 9 Januari, bapa Aizat, Datuk Amdan Mat Din telah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi daripada strok yang dia telah dialami pada tahun 2017.

Artis berusia 30 tahun itu mengaku sangat sunyi selepas kematian ayahnya yang dikatakan sangat rapat dengannya. Seperti yang dilaporkan menerusi NST, Aizat berkata, hasrat terakhir arwah bapanya adalah mahu dia membuat persembahan dengan orkestra.

“Sebelum dia meninggal, di antara hasrat terakhirnya ialah dia mahu saya melakukan persembahan dengan orkestra.

Alvin Witarsa

“Dan untuk merealisasikan hasratnya dengan sebaik mungkin, saya menghasilkan lagu Angin Lalu yang diatur komposer yang berpengalaman dengan orkestra dari Indonesia, Alvin Witarsa,” kata Aizat

Lagu tersebut kini boleh didapati di semua platform digital. Aizat juga telah menghasilkan sebuah filem pendek yang berkisarkan dari lagu itu, yang boleh dilihat di saluran YouTubenya. Video muzik rasmi Angin Lalu hanya akan dikeluarkan pada 17 Mei.

BACA  Zizan Razak Kembali Menyanyi! Berduet Bersama Ismail Izzani