Rata-rata peminat bersetuju bahawa filem Avengers : EndGame merupakan karya terbaik dalam sejarah Marvel Studios ketika ini. Malah sejak dipertontonkan secara rasminya pada 24 April yang lalu, kutipan EndGame berada ditahap yang begitu cemerlang dimana rekod pembukaan filem itu telah mencatat US$1.2billion kutipan!

EndGame Projek Terakhir Russo Brothers Bersama Marvel Studios 

Berita itu bukan sahaja menggembirakan Marvel Studios malah turut memberi satu pandangan baharu buat pengarah projek bersama, Russo Brothers. Namun, satu pengumuman khas dibuat oleh adik beradik ini dimana mereka telah mengesahkan bahawa filem Avengers: Endgame merupakan projek terakhir mereka bersama Marvel Studios. Ini kerana mereka beranggapan sudah tiba masanya untuk mereka berdua berehat sebentar dari segala tekanan dan penat lelah demi menghasilkan yang terbaik buat Infinity War dan Endgame dalam masa 5 tahun ini.

Bakal Kolaborasi Pada Masa Akan Datang 

Biarpun begitu, ‘perpisahan’ ini bukanlah buat selama-lamanya kerana Russo Brothers mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Marvel Studios dan tidak menolak akan mempunyai projek bersama yang lain pada masa akan datang. Sebelum ini, tarikh keramat 24 April boleh diklasifikasikan sebagai projek mega Marvel Studios, adakah pada tahun 2020 akan ada sesuatu yang lain? Kami akan berikan ‘petunjuk’ nya pada artikel akan datang.