Teka-teki gambar yang dimuatnaik penyanyi Taylor Swift selama ini akhirnya terjawab apabila penyanyi ini mengumumkan single terbaharunya ME! kini mula dimuatnaik secara rasmi di semua platform sejak Khamis yang lalu.

Cipta Rekod Di YouTube 

Meskipun ME! yang juga berduet bersama Brendon Udie dari kumpulan Panic! At The Disco itu baru sahaja dilancarkan namun single tersebut telah memecah beberapa rekod industri muzik dunia.

Laman YouTube semalam, telah mengumumkan bahawa video muzik lagu itu telah mencatat dua rekod sebagai “highest female and solo 24-hour debut for any music video on the platform”. Dimana ketika ini, video tontonan tersebut telah mencatat 97 juta tontonan!

Diiktiraf Di Amazon Music & Vevo 

Dalam perkembangan lain, menyusuli rekod tersebut adalah dimana single ME! telah diiktiraf sebagai ‘most first-day streams, and one for the most on-demand voice requests with Alexa than any other single debut on Amazon Music’ .

Tidak cukup dengan itu, Taylor terus melakar kejayaan dengan pencapaian dalam platform Vevo sebagai the most views in a single day!