Maklumat tentang keluaran telefon ‘foldable’ terbaru daripada Motorola yang dikenali sebagai Motorola Razr nampaknya telah bocor di internet dan kini maklumat mengenai telefon Motorola Razr ini bukan lagi rahsia di dalam industri gajet di seluruh dunia.

Foto: Android Community

Imej yang di paparkan oleh Slashleaks dan beberapa laman web di China seperti Weibo telah mengumumkan kewujudan telefon terbaru daripada Motorola ini. Telefon ini dikatakan memiliki reka bentuk yang sama seperti apa yang Motorola telah patenkan.

Foto: Maxim

Patern yang terdapat pada telefon Motorola Razr ini memiliki rekaan seperti cengkerang. Selain itu, imej telefon bimbit terbaru Motorola ini di lihat telefon ini di datangi dengan beberapa aksesori tambahan.

Foto: Soya Cincau

Antara aksesori tambahan yang terdapat pada imej tersebut adalah charging dock, protective case, standard USB-C cable dan juga earphone. Menarik bukan dengan beberapa aksesori tambahan ini.

Apa-apa pun, imej yang dikeluarkan belum ia adalah produk yang telah di finalise oleh itu, kita harus menunggu kenyataan dan maklumat rasmi daripada pihak Motorola!