Tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dan ramai yang sudah mempersiapkan diri untuk menjalankan ibadah puasa. Walaubagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja belum menetapkan secara rasmi tarikh tanggal 1 Ramadan 1440 H/tahun 2019 yang dijangka pada 6 Mei 2019.

Meskipun bila bermulanya puasa belum dipastikan, namun ramai yang sudah bersiap sedia dengan menyampaikan ucapan menjelang bulan yang mulia ini. Lebih mengejutkan, salah satu di antaranya adalah bekas bintang porno, Maria Ozawa.

Dalam muatnaik foto terbaru pada hari Isnin (29/4/2019), wanita yang mesra disapa dengan panggilan Miyabi ini turut mengucapkan kata-kata semangat bagi kaum muslim yang akan merayakan ibadah puasa.

BACA  Tak Pernah Menyesal! Maria Ozawa Berbicara Soal Agama

Hal ini disampaikannya di akaun Instagram @maria.ozawa berikut. Dia menulis kapsyen sebagai berikut:

Hello Indonesia, Hello Bosku. This is Maria Ozawa, I and @mposport want to say ” Marhaban Ya Ramadhan” Too all the people who’s starting the fasting nxt wk for one month, Keep the Spirit Bosku, Happy fasting Bosku, Selamat Berpuasa”
(Halo Indonesia, Hello Bosku, Ini Maria Ozawa, saya dan @mposport ingin mengucapkan ” Marhaban Ya Ramadhan” bagi semua orang yang mula berpuasa minggu depan selama sebulan, tetap semangat bosku dan selamat berpuasa)

Ternyata ucapan Maria Ozawa ini telah mencuri perhatian ramai pengikutnya, lagi-lagi dikalangan umat Islam. Boleh jadi Maria Ozawa kini tertarik dengan agama Islam? Doakan yang baik-baik aja.

BACA  Mishall Imani - Permaisuri Terbaharu Dalam Hidup Nabil Ahmad