Mungkin agak jarang kita dengar apabila Buffet Ramadhan menawarkan seleksi durian untuk menu berbuka puasa. Tapi ia telah di realisasikan di Buffet Ramadhan 2019 di Bangi Golf Resort. Tahun ini, Bangi Golf Resort menawarkan lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa untuk kita semua yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur.

Konsep Kebun Dalam Bandar, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengetengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.

Baru-baru ini Hangat.com diberi kesempatan untuk mencuba seleksi buffet yang disajikan di sini dan saya tertarik dengan sajian Nasi Kerabu yang begitu menambat selera kami. Nasi kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef chef mereka sendiri tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama Serunding Kelapa Ikan, Kuah Sambal Tumis, Keropok Ikan, Ayam Goreng Berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti Bungan Kantan, Kubis Bulat, Ulam Raja, Saun Selom, Kacang Panjang, selain Budu beserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa.

BACA  Sedap Atau Pelik? Ini Senarai Snek Berasaskan Buah Durian

Tidak ketinggalan, Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak pasti menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kuey Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.

Selain itu, pengunjung juga akan disajikan Nasi Ayam yang dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental yang memberikan rasa empuk dan berjus. Kalau ala Barat pula termasuklah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada juga Spaghetti dan Penne dengan sos Bolognese ayam dan carbonara.

Tak hanya itu, sebagai pencuci mulut, pengunjung berpeluang menikmati Churros sepanyol dihidang bersama sos coklat pekat dan Tiramisu Itali, terlur kan? Kuih-muih tradisional Melayu, puding, agar-agar, buah-buahan ni memang wajib ada. Ditambah lagi dengan seleksi kek seperti Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Oreo Cheese Cake dan banyak lagi, memang rambang mata dibuatnya!

Dengan harga serendah RM59 nett untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak, sememangnya sangat berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah. Tempahan boleh dibuat melalui pautan ini, BGRREST.

BACA  Nuget Ayam Dan Kentang Bersaiz Gogzilla? Biar Betul!

Menang 4 Voucher PERCUMA untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort

Berita baik untuk pembaca Hangat.com, kami ingin menghadiahkan anda 4 Voucher PERCUMA untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. 5 Pemenang bertuah akan dipilih. Anda hanya perlu kongsikan artikel ini di laman Facebook anda sendiri, dan sertakan 2 rangkap pantun dengan menyelitkan nama BGR Restaurant. Jangan lupa sertakan #hangatmalaysia dan #bgrrestaurant

Keputusan dan pemilihan pemenang akan dibuat oleh pihak Bangi Golf Resort sendiri dan dikira muktamad dan tarikh tutup adalah pada hari 5 Mei sebelum 12 tengah malam!

Ok selamat mencuba!

Artikel SebelumnyaIntel Mencari Syarikat Yang Ingin Membeli Perniagaan Modem Telefon 5G
Artikel Seterusnya4 Selebriti Ini Mempunyai Wajah Seiras? Ini Buktinya
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.