Intel sedang mencari syarikat yang ingin membeli modem telefon 5G milik mereka, ini kerana Intel telah mengumumkan akan menutup perniagaan modem telefon 5G mereka.

Dan kini, Intel sedang sibuk mencari mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli keseluruhan cip modem daripada syarikat gergasi ini.

Foto: Ars Technica via (Photo by Miquel Benitez/Getty Images)

Menurut laporan daripada Wall Street Journal yang di ambil daripada Lowyat.net, Apple dikatakan berminat untuk memiliki sebahagian daripada perniagaan modem ini darpada Intel.

Foto: How To Geek

Tetapi perbincangan ini reda seketika apabila Apple dan Qualcomm mengakhiri ‘legal battle’ mereka dengan tempoh pengalaman sebagai rakan kongsi selama enam tahun.

Foto: Extreme Tech

Tujuan Intel untuk mencari syarikat yang mahu membeli perniagaan modem ini adalah kerana kos perbelanjaan yang di tanggung oleh Intel amat tinggi! Menurut sumber daripada WSJ, Intel mengeluarkan kos untuk setahun adalah USD& 1 billion atau RM4.13 billion.

Justeru itu, ia dapat difahami mengapa Intel mengambil jalan sebegini. Oleh itu Intel harus cepat mencari pembeli atau value syarikat gergasi elektronik akan semakin menurun dan akan memberi kesan yang kurang memuaskan jika valuenya semakin menurun.