Bakat lakonan hebat Elfira Loy, dikatakan semakin laris walaupun sudah berumahtangga. Tidak dinafikan, dengan kecantikan dan keayuan yang seiring bakat lakonan dimiliki membuatkan pelakon ini menjadi pilihan pengarah tempatan.

Walaupun kini sudah disahkan sedang hamil, namun ia tidak menghalang Elfira Loy menerima tawaran lakonan. Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo!, Elfira, dia sudah cuba berlakon sewaktu fasa trimester pertama kehamilan.

Disoal sama ada dia sedia berundur diri daripada industri, Elfira dengan tenang memberitahu kerana bebanan komitmen tersebut terlalu memenatkan, dia mengambil keputusan untuk berehat sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.

BACA  'Captain Marvel' & Tun M Tersenarai 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019

“Saya sasarkan tahun ini untuk kembali aktif dalam dunia lakonan tetapi nampaknya hasrat itu perlu ditangguhkan dahulu memandangkan saya sedang hamil. Sebenarnya, saya sudah cuba berlakon sewaktu kandungan masih baharu tetapi sangat memenatkan. Kehamilan memang mengubah saya daripada seorang yang sangat aktif dan lasak menjadi individu yang cepat penat. Jadi sebelum menyusahkan orang, lebih baik saya berehat sahaja dahulu.”- katanya kepada Kosmo.

Elfira diijabkabulkan dengan pilihan hati, Faris Khairol Anwar, 24, pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.