Sejak kebelakangan ini, peserta rancangan realiti tv berbentuk dakwah yang dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) menjadi perhatian ramai apatah lagi pada minggu lalu salah seorang daripada mereka iaitu PU Abu mencetuskan kontroversi dengan menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Gelarkan BTS Sebagai Syaitan 

Terbaharu, PU Syed pula menjadi perhatian apabila segelintir peminat fanatik artis Korea (K-Pop) terutamanya peminat BTS bertindak ‘menyerang’ laman Instagram pendakwah bebas itu.

Segalanya tercetus apabila PU Syed telah berkongsi keratan akhbar mengenai negara Rusia yang mengharamkan konsert BTS kerana menganggap kumpulan itu seolah-olah seperti kaum sejenis. Malah pendakwah muda itu turut menggelarkan kumpulan itu seperti ‘syaitan’ sekaligus mencetuskan perdebatan hebat dilaman Instagram nya.

View this post on Instagram

Ambe beri peringatan kepada diri ambe dan semua pd Firman Allah ini. (وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن یَشۡتَرِی لَهۡوَ ٱلۡحَدِیثِ لِیُضِلَّ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ بِغَیۡرِ عِلۡمࣲ وَیَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابࣱ مُّهِینࣱ). Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. [Surah Luqman 6] Ditegur kasar sentap. Tegur lemah lembut kamu main². PU Syed.

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on

Tetap Dengan Pendirian 

Selepas dikecam oleh peminat-peminat K-Pop, PU Syed turut memuatnaik kenyataan susulannya berkenaan insiden tersebut.

Bertegas dengan pendiriannya sebelum ini, menurut pendakwah itu dia membuat teguran tersebut kerana melihat peminat-peminat kumpulan ini seolah-olah terlalu taksub dan memberi kesan kepada akhlak dan nama baik agama sendiri. Biarpun begitu, ramai yang tidak menyenangi cara teguran yang dibuat PU Syed kerana beranggapan ianya seperti terlalu kasar.