Kali terakhir selebriti Verstail, Zizan Razak tampil dengan single nya adalah pada tahun lalu. Kini pelakon, pelawak, pengacara itu sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan tampil single baharu yang berjudul ‘Berserah’.

Zizan Berduet Bersama Ismail Izzani

Juga tidak keseorangan, single Berserah turut menampilkan bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini. Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini merupakan kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani.

Terkandung Mesej Positif 

Untuk yang tertanya apakah intipati yang dibawa kedua-dua penyanyi ini, Berserah membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak  peminat saling untuk berbuat baik.

” Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini hasil
kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan
impak yang baik kepada semua yang mendengar. ” – Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Lagu ‘Berserah’ ini boleh dimuat turun di semua digital platform bermula hari ini. Kami sudah mendengar single terbaharu ini, anda pula bagaimana?

BACA  Jelas 'Photoshop'? Gambar Bogel Kourtney Kardashian Jadi Bahan Jenaka