Negara Jepun mencatat sejarah apabila Maharaja Akihito,85 mengambil keputusan untuk turun daripada takhta sekaligus menjadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam tempoh 200 tahun pemerintahan. Sebelum ini, maharaja-maharaja terdahulu akan berada kekal di kedudukan tertinggi dalam hierarki pemerintahan sehingga ke akhir hayat mereka. Namun, Akihito ingin melepaskan gelaran tersebut kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito selagi beliau masih sihat.

Putera Mahkota Naruhito Bakal Ditabalkan Hari Ini 

Hari ini, Akihito akan mengumumkan penurunan takhta dalam sebuah upacara istana pada Selasa petang, sebelum Naruhito akan mengambil alih tempatnya dengan era baharu yang dikenali sebagai era Reiwa.

Manakala keesokannya, Naruhito dalam upacara pertamanya sebagai maharaja akan menerima alat kebesaran diraja dan dalam upacara itu hanya pegawai kerajaan dan kerabat lelaki dewasa sahaja yang dibenarkan hadir. Biarpun begitu, Akihito selepas ini akan gelaran baharu sebagai Emperor Emeritus atau Maharaja Emeritus serta akan dilepaskan daripada tugas-tugas rasmi.

BACA  Sah! Album Terbaru Epik High Bakal Kolaborasi Bersama Yuna

Kenali Putera Mahkota Naruhito 

Mengenai Naruhito,59 putera mahkota ini putera sulung Akihito daripada dua beradik. Dikenali sebagai seorang yang gemar mendaki dan sukakan muzik, bakal maharaja ini merupakan lulusan Oxford dan pernah menulis mengenai sistem pengangkutan di Sungai Thames pada abad ke-18.

Mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aiko, 17 hasil perkahwinannya bersama seorang bekas diplomat lulusan Harvard , Masako bagaimanapun dilaporkan kini sudah pulih daripada tekanan perasaan selepas melahirkan Aiko kerana gagal melahirkan anak lelaki seperti yang diharapkan. Malah takhta selepas ini akan turut dipegang oleh adik lelaki Naruhito iaitu Fumihito kerana undang-undang Jepun hanya membenarkan lelaki untuk mengangkat gelaran maharaja.

BACA  Zul Ariffin Dikejarkan Ke Hospital Di Jakarta?