Selepas bercerai dengan aktres Vanida Imran, pelakon kacak Rashidi Ishak dikatakan begitu dekat wanita cantik ini. Spekulasi hubungan Rashidi dengan wanita yang dikenali dengan nama Mishael Lee hangat diperkatakan lantaran pasangan ini bergambar berdua selepas makan malam bersama di sebuah restoran di Cyberjaya.

Walaubagaimanapun, menerusi Instagram milik Mishael, di tampil memberi penjelasan, memberitahu, hubungannya dengan Rashidi hanya kawan sahaja.

“Anda semua patut tahu bahawa Rashidi & saya bukannya keluar dating. Kami hanya bertemu antara satu sama lain baru-baru ini dan kami telah memutuskan bahawa antara kami berdua tiada apa-apa dan hanya sebagai kawan. Saya tidak teragak-agak untuk menyekat komen yang negatif di sini. Jadi, saya berharap semua berhenti untuk bersikap biadab & tidak membuat kesimpulan yang salah”- tulisnya di Instagram.

Jika dilihat pada profil di Instagram peribadi Mishael yang memiliki pengikut seramai 17 rubu, dia menyebut dirinya merupakan seorang ibu tunggal. Jika dilihat pada ruangan komen, ada dikalangan netizen yang  membandingkan wajahnya dengan hos dan pelakon, Neelofa. Ye ke sama? Berikut 10 foto Mishael, seperti dihimpun hangat.com dari Instagram Mishael.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam Sejak Setahun Lalu
Artikel SeterusnyaMishall Imani – Permaisuri Terbaharu Dalam Hidup Nabil Ahmad
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.