Nabil Ahmad ketika bersiaran langsung menerusi program MeleTOP malam semalam, mengumumkan nama anak perempuan ketiganya yang dilahirkan pada 24 April lalu secara pembedahan iaitu Mishall Imani yang bermaksud cahaya keimanan.

“Saya ingin mengumumkan saya dan isteri memberi nama anak ketiga adalah Mishall Imani. Alhamdulillah. Nama ini bermaksud cahaya keimanan,” kata Nabil kepada Harian Metro.

https://www.instagram.com/p/BwqaRC9hWn-/

Untuk makluman, isteri Nabil yang juga pernah menjadi seorang pelakon itu selamat melahirkan anak ketiga mereka yang merupakan perempuan kira-kira jam 1 tengah hari pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Nabil berkahwin dengan Nazira Ayub pada 2011 dan sebelum ini telah memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna. Hangat.com mendoakan agar Nabil serta Nazira berbahagia bersama dengan keluarga tersayang berkekalan hingga ke Jannah, in shaa Allah.