Black Hanifah yang mengalami patah tangan akibat kemalangan motosikal lasak telah selamat menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya selepas patah akibat kemalangan motosikal lasak.

Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi ketika dihubungi berkata, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah kini masih ditahan di hospital.

“Black dimasukkan ke hospital semalam dan malam tadi, dia menjalani pembedahan memasukkan besi itu kira-kira jam 10 malam dan selesai kira-kira jam 1 pagi.

“Sekarang, dia masih berada di hospital Alhamdulillah, keadaannya stabil. Cuma, doktor nasihatkan supaya dia banyak berehat dan besi itu perlu berada di dalam tangan selama setahun” kata isteri Black Kepada Metro Online.

Black sebelum ini menjalani rawatan tradisional seperti urutan dan sebagainya, namun tidak berhasil. Penyanyi lagu ‘Pok Pet’ itu terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan motosikal lasak di trek baru yang terletak di Petaling Jaya pada 22 April lalu.

BACA  Catat 10 Juta Tontonan! Drama Nur 2 Bakal Diangkat Jadi Teater?

Hangat.com mendoakan agar Black kembai sihat seperti biasa hendakNya dan boleh kemabli beraksi di kaca televisyen serta permotoran.