Nampaknya hasil penjualan telefon Pixel daripada Google ini tidak berapa memuaskan. Hasil penjualan telefon bimbit Pixel 3 dan 3XL bagi suku pertama bagi tahun 2019 ini lebih rendah berbanding hasil penjualan pada suku pertama pada tahun 2018.

Menurut CEO Google Ruth Porat, menyatakan salah satu sebab hasil penjualan tidak mencapai target adalah kerana terdapat sedikit tekanan di dalam industri telefon bimbit.

Foto: Android Central

Masih ingat lagi pada awal siri telefon ini di lancarkan ia dijual pada harga US$799 (RM3301) untuk telefon bimbit Pixel 3. Dan manakala semasa pelancaran telefon bimbit Pixel 3XL pula ia dijual pada harga US$899 (RM3714).

Foto: India Times

Tetapi apabila Google melihat penjualan telefon bimbit kedua-dua siri ini tidak berapa memuaskan, Google telah menurunkan harga sebanyak US$200 (RM826) bagi kedua-dua model ini.

Meskipun, hasil penjualan bagi kedua-dua model Pixel siri 3 ini kurang memuaskan. Google tetap terus tampil ke hadapan dengan keluaran telefon terbarunya iaitu telefon Pixel 3a yang bakal memasuki pasaran.

Dikatakan telefon Pixel 3a daripada Google ini di dalam kategori mid level dan mampu milik. Oleh itu, sama-sama kita nantikan keluaran model terbaru daripada Google ini!