Tarikh 30 April selepas ini akan cukup bermakna buat penyanyi Nourul Depp apabila semalam dia telah berkongsi khabar berita gembira dimana dia telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya matanya.

Selamat Lahirkan ‘Isabella’

Seperti yang dikongsi Nourul dalam sebuah majlis ‘baby shower’ tempoh hari, bayi yang berjantina perempuan itu dinamakan Isabella Depp dan selamat dilahirkan Nourul pada jam 11.12 malam melalui proses pembedahan. Dalam pada itu, Nourul turut berkongsi berat Isabella yang menjangkau seberat 3.02 kilogram.

Dihujani Ucapan Tahniah 

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami. ❤️ . Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi melalui pembedahan. . Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat. . Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you ❤️ . Thank you for the love and joy that you have shown me. . La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek isabella sampai pukui 2:30am. Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga. . Semoga kalian di rahmati. InsyaAllah tiba masa kami share gambaq #isabelladepp na. . Have a great day❤️ . #announcement #isabelladepp #1dayold #deppfamily #thedepps #littledepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Rata-rata peminat dan kenalan membanjiri ruangan komen penyanyi itu dengan ucapan tahniah selain turut mendoakan kesihatan Nourul dan anaknya. Biarpun baru bersalin, Nourul menerusi laman Insta-story nya sempat berseloroh selain mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan yang diberikan. Menerusi perkongsian itu kelihatan anak-anak dan suaminya teruja menyambut kehadiran ahli keluarga terbaharu mereka.

BACA  Safiey Illias Luah Hasrat Mahu Kembali Menjadi Lelaki

Nourul telah mendirikan rumahtangga bersama seorang jejaka yang berasal dari Perancis,Eric Daniel Depp. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4, manakala bersama bekas suami, Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 21 tahun, Ayu.