Realme kini tampil dengan keluaran model telefon terbaru! Pada minggu lepas model terbaru ini telah memasuki pasaran India dan tidak lama lagi model terbaru ini akan memasuki pasaran Malaysia pula!

Foto: India Today

Nak tahu model apakah yang bakal menapak di pasaran tempatan nanti? Ianya adalah telefon bimbit Realme 3 Pro! Telefon ini menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 710 dan menggunakan Color OS 6.0 serta Android 9 Pie sebagai prosessornya.

Foto: XDA Developers

Dari segi kapasiti tenaga bateri pula, telefon ini di datangi dengan 4045mAh tenaga bateri dan di sokong dengan VOOC Flash 3.0 untuk pengecasan yang pantas.

Foto: Lowyat.net

Realme 3 Pro memiliki skrin telefon yang berkeluasan 6.2 inci dengan Full HD+ display. Manakala dari aspek fungsi kamera pula, telefon ini memiliki lensa kamera 25MP di bahagian hadapan telefon.

Foto: XDA Developers

Dan bagi lensa kamera di bahagian belakang telefon pula di datangi dengan 16MP+5MP yang merupakan kombo kamera. Kamera ini mampu menangkap dan mengambil video slow motion dengan kapasiti 960fps Super Slow Motion dan juga 64MP super resolusi shooting mode!

Telefon Realme 3 Pro ini bakal memasuki pasaran tempatan pada 14 Mei 2019 ini dan buat masa ini harganya masih di rahsiakan sama-samalah kita nantikan kemunculan telefon gempak ini okay!