Beberapa hari yang lalu bertempat di Meritz Hotel, Miri Sarawak telah berlangsung sesi penganugerahan Miss Grand Malaysia 2019 yang sebelum ini menampilkan seramai 24 orang peserta yang cantik-cantik belaka merebut gelaran ini.

Disandang Miss Grand Sabah 

Dalam acara yang bersejarah itu, Mel Dequanne Abar yang mewakili Sabah telah dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2019 menggantikan juaranya terdahulu, Debra Jeanne Poh yang turut memahkotakan tiara kemenangan kepada Mel sebagai simbolik kemenangan.

Wakil Malaysia Ke Miss Grand International 

Kemenangan tersebut bukan sahaja dinilai daripada rupa paras semata-mata. Malah ianya dinilai berdasarkan tanggungjawab, kebolehan para peserta menggalas gelaran tersebut untuk bertanding di peringkat antarabangsa kelak bagi merebut gelaran seterusnya, Miss Grand International 2019.

Terdahulu, Mel yang berasal dari Kota Kinabalu telah menyandang gelaran Miss Grand Sabah sebelum kini menambat hati Malaysia dengan kemenangan terbaharu di peringkat kebangsaan.

Miss Grand Malaysia 2019 telah dibawakan khas oleh Nur Sajat Aesthetic dimana pemenang telah meraih wang kemenangan sebanyak RM200,000 dan hadiah iringan lain. Tahniah diucapkan buat Mel!