Bulan Mei ini di meriahkan dengan ketibaan pelbagai model telefon dan kesemua model-model telefon terbaru ini tidak sabar-sabar untuk menggegarkan industri pasaran tempatan kita.

Baru sahaja Realme khabarkan keluaran model terbarunya pada 14 Mei dan kini Xiaomi pula tampil ke hadapan dengan tarikh yang lebih awal bagi melancarkan model telefon bimbit terbarunya iaitu Xiaomi Mi 9 SE pada 4 Mei ini.

Foto: DXO Mark

Xiaomi Mi 9 SE ini memiliki skrin yang berkeluasan5.97 inci dengan Full HD+ AMOLED display. Di tambah pula dengan penggunaan cip daripada Qualcomm Snapdragon 712 serta memiliki fungsi pengesan cap jari.

Foto: Tech Crunch

Selain itu, telefon ini juga di lindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 di bahagian belakang telefon bimbit. Dari aspek fungsi kamera pula, telefon ini memiliki lensa kamera 20MP di bahagian hadapan telefon.

Foto: XDA Developers

Manakala di bahagian belakang telefon pula, ia memiliki 48MP lensa wide angle, 8MP lensa telefoto dan 13MP lensa ultra wide angle. Dari aspek kapasiti tenaga bateri pula ia memiliki 3070mAh tenaga bateri dan di sokong dengan USB-PD untuk pengecasan yang pantas.

Telefon ini tidak mempunyai fungsi feature pengecasan wireless, oleh itu telefo ini di datangi dengan set charger 18 dan case lembut di dalam satu set pakej. Telefon ini di datangi dengan 6GB RAM dan 64GB storan dalaman yang di mana ia dijual pada harga RM1299.

Manakala bagi telefon dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman pula dijual pada harga RM1499. Telefon ini bakal tiba di kesemua outlet-outlet pilihan Xiaomi dan juga stor dalam talian iaitu Lazada dan juga Shopee.