Masih ingat dengan keletak adik Fatimah yang tinggal di United Kingdom (UK) namun fasih bercakap dalam dialek Kelantan? Malah siapa sangka, Fatimah merupakan anak saudara kepada selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali di laman Instagram nya sebagai Adamdidam. Untuk yang tidak tahu, keluarga ini juga merupakan sepupu kepada Neelofa.

Neelofa Mahu Peminat Doakan Untuk Adam 

Biarpun begitu, sesuatu yang mengejutkan telah dikongsi oleh Neelofa menerusi laman Insta-story nya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut,Neelofa memohon Adam untuk terus kuat seolah-olah memberi petunjuk bahawa chef selebriti itu kini sedang sakit.

Malah menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Neelofa turut mengharapkan peminatnya mendoakan yang terbaik buat Adam.

BACA  Nabila Razali Muat Naik Gambar Bersama Lelaki Cetus Tanda Tanya Netizen!

Kali Terakhir Kemaskini Februari Lalu 

Dalam perkembangan lain, menerusi laman Instagram nya, kali terakhir Adam dilihat memuatnaik perkongsian terkini adalah sekitar Februari yang lalu dan turut ditukar kepada tetapan ‘privacy’. Biarpun tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua selebriti ini, ramai yang terkejut serta mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga baik-baik sahaja buat Adam!