Semasa persidangan developer F8, Facebook telah mengumumkan beberapa isu tentang perubahan yang bakal berlaku pada aplikasi yang dikawal selia oleh Facebook. Dan salah satu dari perubahan itu adalah tentang feature penghantaran mesej bagi Instagram, WhatsApp dan Messenger.

Foto: Independent

Ia merupakan salah satu bahagian sistem komunikasi yang di mana ia di encrypt secara langsung. Kunci utama bagi feature penghantaran mesej adalah supaya mesej yang di hantar dapat di kongsikan sekali pada aplikasi WhatsApp dan Instagram menerusi Messenger.

Foto: The Verge

Ketua produk pengguna aplikasi Messenger, Asha Sharma berkongsi bahawa bagi bahagian panggilan dan menghantar mesej kepada kenalan akan menjadi lebih lancar menerusi mana-mana platform yang pengguna ingin gunakan.

BACA  Peepy Dan Mother Lee Influencer Instagram Thai Yang Extravagan!

Meskipun ianya berita yang menarik, Facebook tidak menyatakan bila feature terbaru ini akan tiba dan ini mungkin akan tiba apabila sistem perlu di kemaskini. Buat masa sekarang aplikasi Messenger merupakan versi Messenger 4 dan mungkin untuk fungsi feature terbaru ini mungkin bakal tiba bagi versi Messenger 5.