Majalah Gila-Gila, siapa yang tidak mengenali tentang majalah ini bukan? Majalah yang membawa pembaca mengimbau kembali era tahun 70’an dan 80’an. Majalah Gila-Gila yang memulakan pengeluaran jilidnya pada tahun 1978, kini berada di dalam telefon bimbit anda secara dalam talian!

Foto: Wiser
Foto: Wiser

Majalah Gila-Gila yang mengandungi komik-komik yang berunsur jenaka ini kini boleh di muat turun menerusi iOS App Store dan juga Google Play. Dan yang paling pengting adalah majalah ini boleh di baca secara percuma!

Di dalam aplikasi majalah Gila-Gila juga turut berfungsi sebagai stor online, di mana pembeli dapat membeli majalah fizikal dengan edisi jilid yang eksklusif. Oleh itu, bagi die-hard-fan majalah berunsur komik lawak jenaka ini jangan lepaskan peluang untuk membaca komik-komik lawak ini di dalam telefon bimbit anda sekarang!