Sebelum ini, ramai yang tertanya adakah drama Nur 2 terbitan Radius One berjaya mencetuskan fenomena sama seperti drama pertama nya terdahulu. Sebagai rekod Nur yang ditayangkan pada tahun lalu berjaya mencapai 11 juta tontonan secara keseluruhan.

Catat 10 Juta Tontonan

Tahun ini, seluruh produksi Nur 2 mampu menarik lafas lega kerana sekual kedua drama itu sekali lagi mencetuskan fenomena. Biarpun gagal memecah rekodnya terdahulu, namun dengan rekod sebanyak 10 juta tontonan ianya masih lagi mendapat sambutan ramai apatah lagi episod akhir drama itu berjaya mencatat sebanyak 3.6 juta tontonan. Drama selama 15 episod itu telah melabuhkan tirainya pada 25 April yang lalu.

Bakal Ke Teater?

Menyusuli khabar gembira itu, menurut penerbit dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin,akui telah menerima pelawaan daripada pihak Istana Budaya untuk mementaskan drama tersebut. Berbesar hati untuk menerima tawaran tersebut, menurut Shahrulezad dia tidak tolak untuk membuat teater berkenaan sekiranya mendapat persetujuan barisan pelakon dan mempunyai persediaan masa yang sesuai.

Tambahnya, drama Nur sama sekali tidak akan dipentaskan pada tahun ini memandangkan kekangan masa dan penggambaran drama lain telah pun diatur. Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju Nur dibawa ke layar teater atau disambung untuk Nur 3? Kongsikan dengan kami!