Hari ini merupakan hari dimana pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad dan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen selepas ditahan SPRM baru-baru ini. Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan selepas hampir 8 jam ditahan bagi membantu siasatan.

Dituduh Bersubahat 

Susulan daripada itu, menurut perkongsian akhbar tempatan Zizie dituduh bersubahat diatas tiga pertuduhan dengan suaminya yang memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, empat tahun lalu. Dalam laporan tersebut juga telah menyatakan pelakon itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

BACA  Realme Lancar Dua Telefon Bimbit Terbaharu!

Pertuduhan tersebut telah dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Wang Dimasukkan Ke Akaun Zizie 

Zizie dikatakan menerima wang berjumlah RM2.8 juta dimana wang tersebut telah dimasukkan dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama pelakon tersebut. Dikatakan rasuah tersebut adalah sebagai upah kepada Bung Moktar yang mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

BACA  Isu Salah Faham: Hans Isaac Mahu Jernihkan Keadaan