Baru sahaja tayangan filem Avengers: Endgame di tayangkan di panggung di seluruh Malaysia dan pastinya ramai yang mengetahui bahawa OPPO telah mengeluarkan telefon F11 Pro Avengers Edisi Terhad di pasaran Malaysia.

Dan kini telefon edisi terhad ini boleh di dapati secara percuma di Celcom! Ya percuma tanpa perlu membayar RM1,399!

Foto: Tech Nave

Bagi peminat Avengers dan ingin mendapatkan telefon ini, caranya mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menggunakan plan daripada Celcom iaitu Celcom Mobile Platinum Plus.

Plan ini bukan sahaja memberikan pengnikmatan plan postpaid yang tinggi tetapi ia juga memberikan anda telefon edisi terhad ini! Selain itu, ada juga plan lain yang lebih rendah yang menawarkan telefon edisi terhad ini, anda boleh lihat di bawah:

Foto: Live at PC

Bagi yang mengambil mana-mana plan seperti yang di tunjukkan di atas akan menerima telefon F11 Pro Avengers Edisi Terhad ini lengkap dengan segala aksesori di dalam kotak bungkusan telefon tersebut.

Untuk makluman, tiada sebarang pembayaran pendahuluan bagi mana-mana Celcom Mobile Postpaid Plan ini. Seperti yang anda lihat plan ini terdiri daripada RM300 sehingga RM1000, dan ia akan di rebatkan di dalam bil pertama bagi pengguna nanti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang plan ini dan bagaimana untuk mendapatkan telefon OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad ini, anda boleh layari laman web rasmi Celcom atau kunjungi outlet Celcom yang berhampiran di kawasan anda.