Hefny Sahad mengakui bahawa dia masih berkomunikasi dengan Uqasha Senrose meskipun mereka berdua sudah tiada sebarang hubungan istimewa. Hefny bagaimanapun berkata, mereka hanya berhubung dan bertanya khabar sahaja.

“Kami ada berhubung untuk bertanya khabar mungkin dua atau tiga bulan sekali. Itupun hanya melalui Whatsapp dan bukanlah kerap macam dulu-dulu. Sesekali saja! Kami masih berkawan dan tak mahu ada sebarang masalah sebabnya industri kita ni kecil saja, pergi mana-mana pun akan jumpa,” kata Hefni kepada Mstar.

Apabila ditanya untuk kembali menjalinkan hubungan cinta bersama Uqasha, Hefny berkata perkara itu tidak mungkin akan berlaku dan beliau lebih selesa hidup solo dan mahu memberikan tumpuan terhadap karier seni.

“Rasanya saya dengan Uqasha hanya sesuai jadi kawan, bukanlah serik cuma kami tahu hala tuju sebagai kawan. Jadi kawan ni lagi senang. Lagipun tak ada masalah kalau kami nak lepak bersama dan saya pun memang rapat dengan famili dia. Sekarang ni saya masih solo dan sibuk dengan kerjaya seni. Saya mahu fokus dengan karier,” tambah Hefny lagi.

Hangat.com mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Hefny dan Uqasha. Semoga mereka berdua bahagia dengan apa jua yang mereka lakukan untuk masa hadapan. Kalau ada jodoh, tak ke mana kan?