Pada Billboard Music Award baru-baru ini, kumpulan Jonas Brothers telah dijemput untuk membuat persembahan dan dalam acara itu trio adik beradik ini turut ditemani pasangan masing-masing diacara terulung itu. Namun sesuatu yang mengejutkan telah didedahkan oleh media antarabangsa dimana Joe Jonas dan Sophie Turner dikatakan sudah berkahwin!

Berkahwin Selepas Billboard Music Award 

Menurut laporan tersebut, pasangan ini telah berkahwin di Las Vegas selepas pulang dari acara itu. Malah terdapat beberapa suntingan video mengenai perkahwinan itu tersebar luas di media sosial.

Dalam majlis itu, ianya dirasmikan oleh seseorang yang menyerupai Elvis Presley dan duo Dan & Shay turut membuat persembahan dalam majlis itu sebelum disusuli dengan upacara penukaran cincin.

Bakal Adakan Majlis Besar-Besaran 

Terdahulu, pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di Perancis pada musim panas ini. Malah Joe dalam sebuah temubual membayangkan malis tersebut akan berlangsung dengan meriah dimana akan turut diadakan pelbagai permainan seperti ragbi bagi meraikan perkahwinan mereka. Biarpun begitu peminat membuat andaian ini hanyalah sebuah resepsi tertutup sebelum majlis yang gilang-gemilang akan diadakan kelak.