Siapa saja tak kenal dengan bekas isteri kerabat diraja ini. Manohara Pinot kembali menjadi buah mulut orang ramai setelah lama menghilang dari dunia hiburan. Ini kerana, artis cantik itu sempat memutuskan untuk bertanding menjadi anggota legislatif atau di Malaysia dipanggil ahli parlimen.

Saat ditanya mengenai fokusnya untuk menjadi calon wakil rakyat, Manohara mengatakan bahawa dia ingin mengatasi masalah sampah. Dia menyatakan bahawa masalah pembakaran sampah masih menjadi tumpuannya selama ini.

Malangnya niat Manohara terhenti di tengah jalan lantaran tak terpilih. Baru-baru ini, dia telah mencetuskan kontroversi dengan foto terbarunya di akaun Instagram peribadinya.

Wanita berusia 26 tahun itu nampak berani mendedahkan tubuhnya tak berbaju hingga nyaris bogel sambil mempamerkan tatu bunga di bahagian punggungnya. Dia berpose sambil memeluk seorang lelaki yang tubuhnya dipenuhi tatu.

BACA  [GAMBAR] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Terkini Mazidul Akmal Sidik

Foto tersebut lantas dibanjiri berbagai komen netizen. Meskipun ramai yang memuji kecantikan Manohara, namun fotonya itu turut dikecam dengan menyindir pelakuannya yang dianggap liar. Bahkan ramai yang bersyukur kerana Manohara tak terpilih menjadi anggota legislatif.