Hari ini, umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia telah memulakan ibadat puasa selama sebulan. Disebalik pelbagai aktiviti kerohanian turut diselitkan dalam jadual para selebriti, persiapan di bulan yang mulia ini turut dikongsi oleh mereka.

Fokus Pada Ramadan 

Ini termasuklah buat penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Menurut Sarah ketika ditemui Hangat.com baru-baru ini berkata segala persiapan seperti perancangan jadual kerja sudah mula dibuat.

Berbanding tahun lalu dia dan suami, Shuib Sepahtu berpeluang untuk berpuasa di Mekah pada tahun ini mula bagi Sarah segala-galanya dilakukan dengan serba sederhana. Tidak menolak bulan ini adalah peluang untuk berlumba-lumba melakukan amal jariah dan sebagainya, bagi Sarah dia lebih gemar untuk melakukannya secara ‘tertutup’ tanpa perlu menghebahkan pada umum mengenai sumbangan amal yang akan dilakukannya.

“Selalunya Sarah akan terlebih dahulu puasa sunat supaya nanti bila dah puasa badan tidaklah akan macam terkejut. Aktiviti seni pula memang Sarah akan cuba kurangkan dan akan cuba penuhkan dengan aktiviti amal.Bagi Sarah untuk yang itu (aktiviti amal) Sarah suka lakukan secara senyap-senyap kerana bagi Sarah benda tersebut lebih bersifat kepada peribadi”

Pajeri Nenas Menu Wajib Shuib

Dalam perkembangan lain, Sarah ketika ditanya mengenai rutin puasa bersama keluarganya berkata lazimnya ketika Ramadan, suami dan anak-anaknya akan menjadi keutamaan.

Jelas Sarah sambil berseloroh, adalah menjadi kewajipan untuknya menyediakan menu Pajeri Nenas kerana makanan tersebut merupakan kegemaran Shuib sejak dahulu lagi. Malah untuk anak-anaknya pula, Sarah akan ‘memberi ganjaran’ kepada mereka seperti bertanyakan menu kegemaran sebagai galakan untuk berpuasa penuh.

” Suami Sarah ni agak demanding sikit jadi ada specific lauk yang dia nak especially Pajeri Nenas. Sama ada beli atau masak sendiri menu tersebut mesti ada di bulan Ramadan. Untuk anak-anak pula, Sarah akan pastikan ada ganjaran untuk mereka seperti bertanyakan menu yang mereka inginkan sebagai ganjaran buat mereka”

Sarah dan Shuib telah mendirikan rumahtangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.