Pelakon, Fatin Afeefa mengambil langkah tidak membiarkan netizen diluar sana sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata negatif terhadapnya. Dia berkata kepada Utusan Online, netizen tidak seharusnya menggunakan platform media sosial untuk menghentam tanpa mempedulikan apa perasaannya.

View this post on Instagram

Ok, dah siap. Kata nak bawak baby dinner?

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on

Susulan dari sikap buruk netizen yang bermulut jahat, Fatin mengaku pernah mengugut mahu ‘membantu’ mereka popular sekelip mata dengan memuat naik gambar mereka dalam akaun secara percuma.

“Ideanya adalah untuk memberitahu bahawa sebelum membuat sesuatu perkara atau melemparkan komen negatif pada orang lain, sepatutnya mereka harus faham apa perasaan seseorang itu andai diperlakukan begitu. Bukan untuk memalukan, tetapi kalau rasa betul-betul nak popular, mengapa tidak saya tolong mereka bukan? ” katanya kepada Utusan Online.

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah seorang selebriti yang mana ada saja yang tidak kena dimata netizen. Jika dilihat diruangan komen di Instagram Fatin Afeefa, dia dilihat tidak gentar membalas komen nakal netizen dengan  sindiran pedas. Good Job Afeefa!

Artikel SebelumnyaGara-gara Foto Ini, Manohara Nyaris Berbogel Tunjuk Tatu
Artikel SeterusnyaJoe Jonas & Sophie Turner Berkahwin Secara Rahsia? Ini Buktinya
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.